Probably I need to let the tears rolling down .



Kepada Awak ....


Mungkin selama ini , aku bersikap mementingkan diri sendiri . Fikir , yang kau biarkan aku sendiri sunyi dekat sini tapi kau gembira di sana . Sekarang aku tahu , aku betul-betul silap . Bila kau cerita pasal keadaan kau dekat sana , aku rasa sedih dan aku rasa bersalah kerana menyalahi kau sebab tak telefon 2 minggu ni . Tambah lagi aku sedih bila aku dengar suara kau sebak . Kenapa kau tak luahkan je perasaan kau . Aku dengar , sahabat .


Mungkin kita duji dengan dugaan berat sangat sekarang . Tapi siapa tahu kesudahannya nanti ? Sahabat , kau kuat ! Aku tahu kau cuba selindung diri kau dari semua masalah kau hadapi , aku boleh baca dari mata kau . 


Aku ingat aku boleh lalui hari-hari aku tanpa kau dengan mudahnya . Lagi sekali , aku silap . Sumpah ! Aku sunyi . Hari-hari aku tanya diri aku , mana kawan-kawan aku yang sentiasa menemani diri aku bila aku susah , bila aku rasa aku nk menangis , bila aku rasa aku nk gelak sekuat-kuat hati aku . Semua tu , hilang macam tu je dengan sekali gus . 


Kadang-kadang aku benci jadi dewasa , aku benci perubahan . Tapi sampai bila aku nak benci semua itu . Hakikatnya , kita kena lalui dugaan ni dengan sendirinya . Sahabat , aku rindu kau ! aku tak tipu . Aku lalui minggu ini dengan sukar . 





p/s: Eliss , i can"t say it out loud like u ask me to .
      Afnan , take care by YOURSELF once you reach there .



Love You Guys♥
     

No comments:

Post a Comment